Tuesday, December 18, 2018

RASUAH MUSUH NEGARA NOMBOR SATU

rasuah musuh nambor satu negara,
tapi sunyi bila nampak rasuah,
rasuah itu jenayah
rasuah itu kekejaman
rasuah itu penyakit tidak ubat
tapi,

rasuah dipandang retorik
umpama tikus perosak lalu di depan mata
umpama anai-anai memakan kayu perabot,
umpama sel kanser barah dalam badan
umpama karat di permukaan kereta berkilat mewah

siapa sebenarnya perasuah
siapa itu yang melakukan rasuah
bagaimana jenayah yang berkurun lama tidak dapat dibenteras
jenayah yang sukar untuk dihapuskan
dari zaman melaka hingga zaman putrajaya

sebab utama adalah wang, harta dan kekayaan yang melampau,
bukan hidup ikut kemampuan tetapi hidup ikut nafsu syahwat
hidup bukan pandang kepada peraturan pencipta Allah yang satu
tapi kebendaan dunia menjadi arah hidup.

beria-ia mecanang sepelusuk dunia tapi kecut kepada perasuah
di nasihat audit, alih-alih audit tiada benar
dikatakan telus rupanya tiris
dikatakan hebat rupanya dasyat
cemerlang bergelipan dengan najis dipersekitaran
Diminta tubuh unit anti rasuah memang tiada sokongan
takut kerja jahat terpelihat sudah
diberi budi supaya termakan budi
bukan untuk berbudi tetapi berjudi

Wahai rakyat jelata tak kira bangsawan jutawan atau marhaen merempat
ingatlah rasuah itu jahat tiada galang gantinya
mencabar iman dan nilai diri
dari semulia-mulia manusia ciptaan tuhan kepada lembah penghinaan
rasuah musuh sepanjang zaman
rasuah itu lah iblis dan segala setan laknat
Perangai rasuah umpama perangai syaitan
menghasut terus menghasut  hingga ke neraka jahanam

Didik anak tuan puan anti rasuah
umpama syaitan terbesar selepas iblis dan setan
rasuah itu umpama arak beracun ular memakan hati dan organ badan
virus terbesar segala perosak semua sistem maya dan realiti kehidupan

kawan, aku cukup teraniaya dengan rasuah
Hina bangsaku kerana rasuah
Mati sahabat perjuang ku kerana rasuah
pasal rasuah adalah musuh utamaku

No comments: