Bolasepak Malaysia dikejutkan dengan nilai pemain Kedah bernilai RM 12 juta setelah diikat dengan JDT. KFA pula ingin membawa kes makamah dengan tindakan yang memang tidak adil daripada FAM hanya membenarkan pampasan RM 75K sedangkan kos pembangunan pemain sahaja sudah RM210k. Datang kelab mahakaya, beli murah ikat mahal RM12 juta. Perrghh..jual orang lebih untung daripada jual unta. Apa sebenarnya nilai bolasepak Malaysia ni? Bercerita bagai nak rak tetapi tak lebih daripada mainan duit semata-mata.? Itulah realiti bolasepak Malaysia. tak tahu mana halatuju. sukar dan payah untuk dihuraikan. Sukar untuk membuat perubahan. Setakat tabur duit semata-mata tak menjanjikan kualiti sukan itu meningkat.
begitu realiti yang perlu dihadapi sekarang ini. Kualiti hanyalah omong-omong kosong geng-geng opotunis supaya kita terikut-ikut cara mereka. Rangking dan rating hanya lar penunjuk keegoan yang tidak membawa apa-apa makna sekadar melupakan bahawa kita ada satu tanggungjawab dalam membina masa hadapan yang lebih cerah. Orang yang menang akan memastikan orang yang kalah sentiasa kalah. Menafikan hak orang yang kalah berusaha untuk menang. Apakah semua ini, dimanakah kedudukan kita.
Mungkin kita sentiasa menyalahkan orang lain. Perkara ini adalah sia-sia kerana orang kita salahi itu tidak terjejaspun, malah mereka sudah kehadapan daripada kita. Kita juga sibuk menayangkan kejayaan kita di media-media dengan rasa takabur dan bongkah walaupun status sentiasa "humble" atau merendah diri itu dipaparkan. sedangkan tidak ada makna pun. mengharap pujian orang sedangkan kita sebenarnya dah jauh ketinggal
No comments:
Post a Comment