Wednesday, December 26, 2018

Bila orang Melayu tak kenal Melayu lagii???

Kali ini apabila melayari "facebook". Ramai dikalangan netezen banyak mempertikai istilah bahasa istana kanda, dinda, bonda, ayahanda dan pelbagai lagi. Maklumlah, ahli politik berbicara, mana penah betul dikalangan netizan,

namun apa yang menyedihkan adalah kenapa perlu dipertikaikan nilai kemelayuan dalam bidang penulisan surat. Melayu Nusantara terkenal dengan keindahan bahasa. Orang Melayu sungguh indah bila menulis surat. Meletakan Bahasa Istana dalam penulisan surat, sedangkan jarang dengar istana menggunakan bahasa Istana dalam surat menyurat. facebook, twitter, sms dan apa lagi semua mengunakan bahasa Inggeris. Lebih teruk lagi, orang yang memperjuangkan melayu mempersendakan bahasa mereka sendiri.

Perlu diingatkan Bangsa Melayu ini bila berbicara penuh berkias. Meletak bidalan, perumpamaan, puisi, syair, pantun dan kiasan dalam berbicara. Umpama menarik rambut dalam tepung, Orang melayu menjaga hati orang ynag berbicara. Penuh sopan bila berbicara. Jadi, faham-faham lar.

Namun itu zaman dahulu, zaman sekarang keadaan orang melayu tidak seperti dahulu. Zaman yang semua nak disamaratakan, lebih tepat lagi, dipukul rata. Orang lelaki mahu disamakan dengan orang perrempuan. Alih-alih, keliru yang mana laki dan yang mana perempuan, kemudian wujudkah LGBT, Begitu juga agama, nak disamaratakan, natijahnya, hidup tanpa pegangan dan tiada tuhan, maka tiada kepercayaan lalu sukar dipercaya lagi. Jika kaum, nak disamaratakan, hilang budaya hilang jatidiri. Mungkin mereka ingat hak asasi, tapi merupa lupa hak mereka pada pencipta mereka. lagi teruk, semua negara nak disamaratakan, tak macam UK, tak macam US, tak macam arab, tak macam jepun, china dan india. Ha ha ha, pelik bukan, dah kau duduk kat tanah melayu bernama Malaysia bernegerikan 14. Lepas tu nak jadi apa?

Memang antarabangsa itu berkonvensyen bagai, berpolisi bagai. tapi sapa dia orang, dia orang luar tak pernah kenal kita. Niat tentu lain. tak kan itu tak faham-faham lagi. Bangsa penjajah mana pandang hormat pada orang lain. Jika dia orang bersuara tu, ada udang disebalik batu lar tu. baling batu sebunyi tangan, tabur pujian untuk ditawan, kalau tak berperang mungkin bagi rasuah. Ingat, Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pun akibat Rasuah.

Kepada orang Melayu, bangga lar jadi Melayu.

No comments: