Monday, May 26, 2008

Perbanyakan fakta dan mengurangkan Auta


Seringkali terdengar radio hotf.m pada setiap pagi hari membincangkan di mana Auta dan di makna fakta. Mungkin pendengar ini barangkali lupa apakah yang dimaksudkan auta dan fakta?. Ahli akademik juga telah diketengahkan istilah auta dan fakta ini. Bagi saya, auta dimaksudkan sesuatu perkara yang tiada kebenaran dan fakta adalah suatu perkara yang logik berdasarkan pembuktian yang sahih.

Maka, mereka yang berintegriti dalam tugasan yang diberikan, lebih menumpukan kepada kebenaran yang berasas berbanding helah yang penuh muslihat. Ahli akademik lebih memberi memperbanyakan fakta berbanding auta. Fakta perlu diperolehi dengan melalui kajian atau eksperimen untuk mendapatkan data yang boleh dianalisis seiring kehendak ilmu. Auta hanyalah permainan dalam mendapatkan suatu matlamat. Mereka yang mempamerkan banyak auta lebih berisiko berbanding mereka yang banyak mempamerkan fakta.

Setiap ahli dalam Universiti ini dari pelajar, pelajar sarjana dan doktor falsafah mahupun kakitangan akademik dan sokongan sering menyata fakta dan auta dalam kehidupan mereka seharian. Ahli akademik juga memainkan peranan penting untuk membezakan di mana fakta dan di mana auta. Satu isu yang nampak remeh tetapi isu ini menjadikan dunia hari ini semakin mencabar. Isu ini juga dikiaskan kepada peribahasa antara permata dan kaca dan seperti jauhari mengenal manikam. Cabaran isu ini disebabkan keadaan muktahir ini, dunia berteknologi maklumat dan sistem keterbukaan ini. Majoriti manusia boleh mengenal apakah auta dan fakta. Itulah era globalisasi, dunia yang penuh cabaran sehingga isu yang remeh dan isu yang besar boleh dianalisa dan diperihalkan fakta dan auta.

Hal ini tidak dikecualikan oleh sebilangan kita. Perbanyakkan fakta dan mengurangkan auta seharusnya menjadi matlamat setiap manusia ini. Penyelidikan mesti berteraskan kepada fakta ilmiah untuk membuktikan kebenaran dan bukannya menjurus kepada muslihat yang penuh kebatilan.
Agar kita dapat bergerak maju kehadapan, saya menyarankan marilah kita perbanyakkan fakta dan mengurangkan auta agar kita boleh mempertingkatkan kualiti kita seiring misi dan visi yang tersemat disanubari saudara dan saudari sekalian.

Sunday, May 25, 2008

Permulaan Blog

Assalamualaikum,

" Dialah yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis; kamu sekali-sekali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?"

Al-Mulk(67):3